Ismail Sabri calon PM, UMNO Sungai Petani ucap terima kasih Zahid, Mat Hasan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – UMNO Bahagian Sungai Petani merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di atas keputusan menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff melalui satu kenyataan sebentar tadi berkata keputusan tersebut memberi petanda BN/UMNO bakal turun sebagai satu pasukan sekali gus membuktikan tidak ada perpecahan dalam parti seperti yang digembar-gemburkan.

“Terima kasih Presiden, Timb Presiden dan MKT. UMNO Bahagian Sungai Petani menyambut baik keputusan MKT UMNO semalam yang memutuskan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ sekaligus calon Perdana Menteri bagi Barisana Nasional.

“Ia turut memberikan satu isyarat jelas bahawa UMNO akan turun sebagai ‘satu pasukan’ di dalam Pilihanraya Umum akan datang bagi memastikan kestabilan politik di negara ini dapat dikekalkan,” katanya sebentar tadi

Shahanim turut menambah keputusan itu juga menandakan UMNO meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan dalam mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

“Ia secara tidak langsung membawa maksud, UMNO sebagai parti keramat Islam dan Melayu ini sentiasa meletakkan kepentingan negara dan kebajikan rakyat sebagai satu keutamaan.

“Ini kerana, hanya dengan kestabilan politik kebajikan dan kesejahteraan rakyat dapat terus diperkasakan serta agenda pembangunan negara dapat diteruskan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat