Iklan raya judi tak bermoral : SKMM ambil tindakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyedia platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube diminta menurunkan kandungan penyiaran iklan yang didapati mengajak umat Islam di negara ini berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Aidilfitri sebagaimana tular ketika ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam kenyataan berkata, tindakan itu adalah mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti ditetapkan pihak mereka yang berpangkalan di luar negara.

Bagaimanapun, katanya, kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun, SKMM sejak 12 Mac lalu mengoperasikan tindakan sekatan secara laluan pantasdengan mengupayakan pihak PDRM mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet menyekat akses laman sesawang yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah akta sama.

“Pada masa sama, pihak yang terlibat seperti produksi dan pelakon seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi dalam talian yang jelas merupakan satu kesalahan.

“Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi mereka yang terlibat dengan penghasilan dan pengedaran kandungan,” katanya hari ini.

SKMM menjelaskan, dalam kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat majmuk di negara ini.

SKMM turut menyarankan pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab dengan melaporkan perkara-perkara sebegini secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan dan bukannya menyebarluaskan kandungan berkenaan.

“Perbuatan menyebarluaskan kandungan berkenaan hanya akan membantu secara langsung pihak yang terlibat dalam menyebarkan dakyah mereka mempromosikan perjudian dalam talian yang boleh memudaratkan masyarakat Malaysia,” katanya.

Baca lagi : https://suara.tv/16/04/2021/pdrm-siasat-video-mempromosi-aktiviti-perjudian-online/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat