PAS runding agih kerusi dengan Bersatu, bagi ruang UMNO cari hala tuju selesai konflik dalaman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Buat masa ini PAS hanya berunding dengan Bersatu soal pembahagian kerusi bakal ditandingi pada PRU-15.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya berkata, PAS terpaksa menangguhkan rundingan agihan kerusi dengan UMNO memandangkan parti itu masih mencari hala tuju dan dalam kemelut dalaman.

Kata beliau, rundingan mengenai pembahagian kerusi bagi PRU15 dengan UMNO bukan dihentikan tetapi ditangguh.

Pun begitu menurut Abdul Hadi, PAS buat masa ini hanya membincangkan perkara berkenaan dengan Bersatu.

Abdul Hadi berkata UMNO perlu mempunyai hala tuju jelas dan menyelesaikan kemelut dalamannya terlebih dahulu sebelum rundingan mengenai pembahagian kerusi PRU15 diteruskan.

“Ia (rundingan pembahagian kerusi) masih di peringkat awal. Dengan Umno kita masih ada hubungan, cuma Umno dia masih ada masalah lagi, biar dia selesaikan masalah dia dahulu.

“Kita tidak hentikan rundingan kerusi dengan Umno, cuma tangguh. Jadi kita tunggulah Umno selesaikan masalah dia dahulu, dan kita ambil peluang ini (berunding) dengan Bersatu dahululah,” katanya di Rusila, hari ini seperti dipetik Bernama.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi berkata, pihaknya telah menghantar wakil untuk berunding dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi, dan perbincangan dengan Umno ditangguhkan buat seketika, kerana parti itu kini berdepan kemelut dalaman.

Sementara itu Abdul Hadi menegaskan Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan bahawa parti itu dibenarkan bekerjasama dengan mana-mana parti politik khususnya parti politik Melayu dan Islam.

“Parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem pun kita boleh bekerjasama. Namun (parti) Melayu yang liberal kita tolak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat