PDRM Siasat Video Judi Online Bertemakan Hari Raya Aidilfitri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat sebuah video yang tular kerana mempromosikan aktiviti perjudian bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah  (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat asal usul video tersebut.

Semalam Facebook SuaraTV menyiarkan aduan orang ramai mengenai video pendek yang menggalakan perjudian online bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Video yang tular melalui pesanan Whatsapp memaparkan pelakon berpakaian tradisonal masyarakat Melayu merayakan kedatangan syawal sambil mempromosi kegiatan perjudian.

Menurut Acryl Sani, siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video tersebut.

“Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan,

“kes akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta  Rumah Judi Terbuka.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, PDRM juga menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat