Jawatan Presiden UMNO bukan nikmat hidup – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa jawatan Presiden UMNO yang disandangnya tidak pernah dianggap sebagai nikmat hidup.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebaliknya menanggapi jawatan Presiden UMNO adalah satu amanah yang perlu digalas menjaga kepentingan agama, bangsa negara.

“Memelihara kemaslahatan parti, jutaan ahlinya dan seluruh rakyat tanpa prejudis.

“Insya-Allah Presiden UMNO akan tetap memimpin dengan penuh tawaduk dan kesabaran,” catat Zahid.

Beliau menjelaskan, sabar perkataan yang mudah untuk diungkap, tetapi kadangkala susah untuk dilaksanakan.

Katanya, sabar bukan sahaja bererti menahan diri daripada berasa marah atau sedih.

“Sabar juga bermaksud menahan diri daripada nikmat dan godaan hidup.

“Minum itu nikmat, wang dan tidur itu nikmat, jawatan dan kedudukan juga dikaitkan dengan nikmat.

“Tetapi ada juga ‘nikmat’ memberi kesan yang merosakkan kepada diri dan sekeliling.

“Mampukah manusia bersabar dengan menahan diri daripada ‘nikmat’ seperti itu? Soal beliau.

Zahid memberitahu, sifat sabar cukup hebat sehingga Allah menyebutnya dalam Al-Quran dalam banyak tempat.

“Antaranya Surah Al-Baqarah ayat 153; “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”

“Bermaksud sabar mendekatkan diri kita dengan Allah yang merupakan kekuatan jiwa orang mukmin,” kata beliau.

Pun begitu ujar beliau, lawan kepada sabar – tamak dan gelojoh. Mereka yang tiada sabar akan bersikap gelojoh dan tamak.

“Gelojoh untuk memuaskan hasrat hati tanpa mempedulikan erti kebenaran dan kejujuran.

“Lawan kepada sifat sabar pentingkan diri. Tidak peduli kepada yang lain demi kemahuan diri.

“Kerana itu dalam diri pemimpin perlu ada sifat sabar. Segala cabaran ditempuhi penuh berhemah.

“Panah-panah fitnah tidak akan melemahkan jika diri dibentengi nilai kesabaran,” tegas Zahid. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat