Ahmad Zahid tidak muncul majlis angkat sumpah

- Advertisement -

CYBERJAYA : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul dalam majlis angkat sumpah yang dianjurkan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz bagi menafikan dirinya terlibat dengan audio dan surat sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Tun Faisal berkata, surat jemputan telah dihantar kepada Ahmad Zahid melalui Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Redzuan pada Isnin menggu lalu namun tiada sebarang jawapan balas.

Katanya, inisatif mengangkat sumpah dan jemputan terhadap Ahmad Zahid merupakan peluang terbaik bagi mereka berdua untuk membersihkan diri daripada fitnah dan segala tuduhan.

“Saya telah dituduh didalam Lembaga Disiplin UMNO dan penyokong Ahmad Zahid bahawa saya telah memfitnah beliau berkenaan dengan surat sokongan kepada Anwar.

“Dalam jawapan saya, ia bukan fitnah dan beliau bercakap benar dan saya telah nyatakan bukti dan saksi terhadap tuduhan itu,” katanya kepada pemberita ketika sidang medianya di PWTC di sini hari ini.

Menurut Tun Faisal, beliau telah difitnah penyokong zahid dengan mendakwa audio perbualan di antara Ahmad Zahid dengan Anwar adalah ciptaannya.

“Saya memberi ingatan saya kepada penyokong Ahmad Zahid agar jangan suka-suka hendak menuduh saya kerana saya bukanlah orang yang takut untuk bersumpah dan saya minta Zahid bersama dengan saya menafikan pembabitan beliau,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, Ahmad Zahid telah membuat kenyataan akhbar serta menafikan bahawa beliau tidak terlibat dalam perbualan itu.

“Hari ini adalah peluang untuk beliau bersama-sama dan saya akan memberitahu bahawa saya tidak terlibat dalam penyediaan audio, penciptaan audio atau rakaman audio perbualan tersebut dan tidak menyebarkannya.

“Ahmad Zahid juga perlu bersumpah untuk menyatakan bahawa dalam audio itu bukan suara beliau dan beliau tidak ada berbual dengan Anwar dalam perkara yang dibincangkan itu.

Pada waktu sama, Tun Faisal menegaskan bahawa beliau sanggup bersumpah bahawa surat sokongan kepada Anwar itu adalah benar dan Ahmad Zahid terlibat.

“Sekiranya beliau (Ahmad Zahid) hendak membersihkan diri, silalah bersumpah dan lafaznya juga saya telah sediakan dan dimuatnaik di dalam laman facebook,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat