Kata kerajaan tak ada duit, tapi lantik timbalan menteri pelancongan, rakyat pula tak dibenarkan melancong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Rakyat tidak dibenarkan melancong, tapi saya hairan bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi perut yang kosong,” bidas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu turut menempelak Perikatan Nasional (PN) yang kononnya sebelum ini memberitahu bahawa kerajaan kekurangan wang namun mampu melantik seorang lagi timbalan menteri.

“Kerajaan ada wang untuk lantik seorang lagi timbalan menteri.

“Untuk hal-hal politik, memang banyak cara dan daya. Nak buat mesyuarat di negeri lain, boleh. Nak buat jelajah politik, boleh. Nak tutup Parlimen pun boleh.

“Kali ini, kerajaan nak lantik seorang lagi timbalan menteri untuk Kementerian Pelancongan. Bukan sahaja sekarang, rakyat tidak dibenarkan melancong, tapi saya hairan bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi perut yang kosong,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau yang juga pengasas bersama parti MUDA berkata, tapi kalau untuk rakyat, memang susah dan banyak halangan.

“Nak minta laptop yang dijanjikan kerajaan, sampai hari ini tak dapat. Nak tuntut bantuan e-wallet pelajar, tak tertunai lagi. Nak mohon bantuan kewangan, kerajaan suruh buka simpanan KWSP sendiri.

“Nak minta moratorium untuk tangguh sebentar bayaran kepada bank, tak lulus-lulus.

“Jadi itulah keutamaan kerajaan hari ini. Kerajaan PN lebih berfikir hal survival politik berbanding survival rakyat.

“Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri syukur dapat gaji dan jawatan. Rakyat pula hilang kerja, tutup kedai, kereta dan rumah kena lelong,” ujar beliau.

Hari ini, Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Sumpah Simpan Rahsia di Singgahsana Kecil, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Guan Dee mengesahkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat