Liverpool Kenang Tragedi Hillsborough

- Advertisement -

LONDON: Liverpool, kelab yang sedang menduduki tangga teratas Liga Perdana English, mengenang secara senyap pada Rabu, 96 peminat kelab itu yang terkorban dalam tragedi Hillsborough pada tahun 1986.

Tragedi pada 15 April 1986 itu berlaku semasa perlawanan separuh akhir antara Liverpool dan Nottingham Forest di Stadium Hillsborough. 96 orang penyokong Liverpool terkorban dalam rempuhan peminat yang berlaku sebelum sepak mula dalam stadium yang dibanjiri peminat secara berlebihan untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

Upacara rasmi mengenang ulang tahun ke 34 kejadian tersebut sepatutnya diadakan di Anfield tapi terpaksa dibatalkan berikutan wabak Covud-19.

Tapi bandar tersebut berjaya juga mengadakan upacara tersebut dalam cara berlainan. Pemain, peminat, pegawai Liverpool dan pemimpin dari Majlis Bandaraya mengambil bahagian dalam upacara senyap selama seminit.

Kalungan bunga dihamparkan pada memorial Hillsborough bi Stadium Anfield bersama kain pemidang dengan mesej yang membawa maksud “kami bersama sebagai keluarga mengingati semua yang terkorban dalam tragedi di Hillsborough”.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat