MoH Optimis PKP Fasa 3 Mampu Kurangkan Kadar Kebolehjangkitan COVID-19

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) optimis bahawa kadar kebolehjangkitan COVID-19 boleh dikurangkan dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini, jumlah semasa kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 2,342 kes yang sediikit melebihi sasaran sebenar iaitu 2,033.

Meskipun angka itu sedikit melebihi sasaran, beliau berkata apa yang lebih penting ialah jumlah kebolehjangkitan semakin berkurangan berbanding semalam iaitu sebanyak 2,427.

“Jika kita boleh mengurangkannya lagi (kes kebolehjangkitan), ini bermakna kebolehjangkitan (terhadap) masyarakat akan berkurangan.

“Kami berharap selepas PKP memasuki fasa ketiga, jika kami boleh meningkatkan aktiviti seperti yang dilakukan dalam fasa pertama dan kedua, kami berpendapat bahawa kami boleh mengurangkannya dari segi kebolehjangkitan kes,” katanya pada sidang akhbar harian COVID-19 di kementerian itu di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai proses sanitasi di rumah pesakit COVID-19, Dr Noor Hisham berkata ia adalah di bawah tanggungjawab pemilik rumah.

“Untuk sanitasi di rumah perlu dibuat sendiri (oleh pemilik) namun berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM. PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) hanya lakukan proses sanitasi di kawasan awam,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat