Trio UMNO, Bersatu, PAS Berpotensi Tawan 149 Kerusi Parlimen

KUALA LUMPUR- Trio UMNO, Bersatu dan Pas berpotensi merampas 149 kerusi Parlimen di kawasan majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Keyakinan itu disuarakan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, sekiranya ketiga-tiga parti orang Melayu itu kekal bergabung menghadapi PRU15.

Annuar berkata, sekiranya permuafakatan yang dibentuk ketika mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) itu kekal, ketiga-tiga parti berpotensi untuk memenangi semua kerusi majoriti Melayu pada PRU15.

“Kita ada 222 kerusi Parlimen, termasuk 31 di Sarawak. Kawasan berpotensi ditandingi BN dan rakan lain ada 191 kerusi, namun kawasan majoriti Melayu mempunyai 149 kerusi.

“Di 149 kerusi ini, kalau ada permuafakatan serta tidak berpecah, kita berpotensi untuk memenangi semuanya.

“Jadi, formula kemenangan sudah ada dalam kerajaan hari ini,” katanya dalam wawancara bertajuk ‘UMNO: Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN)’ di sebuah portal pada Isnin.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu yakin isu pembahagian kerusi di 149 parlimen itu boleh diatasi dengan siri rundingan yang baik.

Annuar menegaskan, secara asasnya kesemua 55 kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14 perlu kembali ditandingi parti berkenaan namun ia masih terbuka untuk sebarang rundingan.

“Ada lagi 11 kerusi yang UMNO mendapat undi lebih tinggi daripada Pas. Pas pula mempunyai enam kerusi yang memperoleh lebih banyak undi daripada UMNO.

“Justeru, Pas boleh memenangi 25 kerusi dan UMNO boleh memenangi 66 kerusi. Masih belum habis, ada kerusi lain yang boleh dipertimbangkan kepada Bersatu. Yang pasti muafakat membawa kejayaan, itu masih boleh diusahakan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Annuar juga berpandangan bahawa UMNO perlu diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi parti itu namun calonnya menyertai Bersatu.

“Sebagai contoh Parlimen Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun, Muar, Seri Gading atau Simpang Renggam. Kerusi ini dimenangi Bersatu tetapi ahlinya (ketika itu) kini sudah pergi ke ‘tempat lain’.

“Secara dasarnya, 55 kerusi dimenangi UMNO perlu dipertahankan oleh UMNO, namun bukanlah tegar. Itu biarlah Presiden berunding dengan Presiden,” katanya.

Berhubung perebutan jawatan Perdana Menteri pula, Annuar yakin ia juga boleh diselesaikan menerusi rundingan.

“Kuota (menteri) pun boleh diwujudkan, tiada masalah. Itu tugas Presiden ketiga-tiga parti.

“Lebih baik bertanding sikit dalam gabungan dan menang banyak, daripada berebut dan bertanding banyak tetapi akhirnya menang sikit,” katanya – SuaraTV

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Zionis Israel tak bertamadun serang menjelang Aidilfitri – Nazir

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Titiwangsa menyeru seluruh umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia perlu bersatu hati mengecam kekejaman zionis ini...

MB Pahang sumbang RM5,000 Bantu Pesakit SLE

RAUB: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail menghulurkan sumbangan peribadi RM5,000 kepada adik Norashikin Azizan yang mengidap penyakit Systemic Lupus Erythematosus...

Khaled Nordin gesa ‘lockdown’ penuh di seluruh negara

CYBERJAYA: Kerajaan digesa melaksanakan sekatan penuh (lockdown) di negara ini bagi mengekang penularan Covid-19, memandangkan kes kian meningkat. Menurut Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed...