Artis wanita dominasi Grammy 2021

- Advertisement -

Berbanding kebiasaan yang gah dengan kehadiran penggiat seni di Amerika Syarikat dan peminat, anugerah edisi ke-63 yang dihoskan Trevor Noah ini dijalankan mengikut norma baharu berikutan penularan Covid-19.

Justeru, ia hanya menyaksikan kehadiran calon-calon yang bertanding sebagai tanda sokongan.

Malah sebahagian anugerah juga diumumkan secara dalam talian menerusi siaran maya.

Anugerah Grammy 2021 juga tampil dengan sejarahnya apabila Taylor Swift muncul pemenang kategori Album Terbaik sekali gus menjadi penyanyi wanita pertama memenangi kategori itu kali ketiga berturut-turut.

Kemenangan yang diraih menerusi Folklore ini sekurang-kurangnya menjadi penawar buatnya yang tewas dalam beberapa kategori lain.

Swift pernah memenangi kategori sama menerusi album Fearless dan 1989.

Sebelum ini, hanya penyanyi lelaki mendominasi kemenangan sebanyak tiga kali iaitu Frank Sinatra, Paul Simon dan Stevie Wonder.

 

BEYONCÉ  melakar sejarah apabila membawa pulang Anugerah Grammy ke-28 miliknya dalam kategori Persembahan R&B Terbaik. - FOTO Google
BEYONCÉ melakar sejarah apabila membawa pulang Anugerah Grammy ke-28 miliknya dalam kategori Persembahan R&B Terbaik. – FOTO Google

 

PERSEMBAHAN bertenaga BTS. - FOTO Google
PERSEMBAHAN bertenaga BTS. – FOTO Google

 

Tidak terkecuali Beyoncé juga melakar sejarah apabila membawa pulang Anugerah Grammy ke-28 miliknya dalam kategori Persembahan R&B Terbaik menerusi lagu Black Parade.

Ia sekali gus meletakkan Beyoncé artis wanita paling banyak memenangi anugerah dalam sejarah acara berprestij ini.

Beyoncé turut menang kategori Persembahan Rap Terbaik bersama Megan Thee Stallion untuk lagu Savage dan kategori Video Muzik Terbaik menerusi lagu Brown Skin Girl.

Apa yang menarik, lagu Brown Skin Girl turut menampilkan anaknya bersama penyanyi rap, Jay-Z, Blue Ivy Carter, 9,

Ia turut menjadikan Ivy menjadi calon kedua termuda memenangi anugerah berprestij itu.

Kemenangannya menerusi kategori Artis Baharu Terbaik sememangnya tidak dijangka oleh Megan Thee Stallion yang menjadi penyanyi rap wanita pertama meraih gelaran ini.

Dia memperlihatkan reaksi terkejut dan bingung sebaik namanya diumumkan dan masih sukar berkata-kata sebaik mengambil trofi.

Penyanyi Billie Eilish pula mengulangi kejayaan tahun lalu dengan mengekalkan trofi Rakaman Terbaik menerusi lagu Everything I Wanted.

 

Eilish mengulangi kejayaan tahun lalu dengan mengekalkan trofi Rekod Terbaik menerusi lagu Everything I Wanted. - FOTO Google
Eilish mengulangi kejayaan tahun lalu dengan mengekalkan trofi Rekod Terbaik menerusi lagu Everything I Wanted. – FOTO Google

 

Dia yang muncul sebagai penyanyi termuda memenangi kategori terbabit tahun lalu menyifatkan ia sesuatu yang mengagumkan.

Kategori Lagu Terbaik pula menjadi milik penyanyi R&B, H.E.R menerusi lagu I Can’t Breathe yang diilhamkan daripada kes kematian lelaki kulit hitam, George Floyd yang meninggal dunia ketika ditahan polis di Minneapolis, tahun lalu.

Ia dihasilkan sempena gerakan Black Lives Matter.

Anugerah Grammy kali ini agak berbeza apabila artis wanita mendominasi kemenangan bagi kategori utama.

Sementara itu kumpulan K-pop BTS belum bernasib baik kerana gagal membawa pulang trofi dalam kategori Persembahan Duo/ Kumpulan Terbaik yang dimenangi oleh Lady Gaga dan Ariana Grande menerusi lagu Rain on Me.

Sementara itu, biarpun bersendirian, Trevor Noah berjaya mengendalikan majlis dengan yakin dan baik.

Penonton juga dapat menyaksikan persembahan hebat artis-artis tercalon antaranya Swift, Dua Lipa, BTS dan ramai lagi dalam satu bentuk persembahan yang kemas, menghiburkan serta mengagumkan. –

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat