Saya tak tahu – Tok Mat

- Advertisement -

ALOR GAJAH: Tiada penglibatan Timbalan Presiden UMNO dalam perbincangan tidak rasmi berkenaan kerjasama di antara PKR dengan parti itu seperti diuar-uarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu penegasan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika diminta mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerjanya meninjau persiapan Barisan Nasional (BN) Melaka di Villa D’Acqua Homestay, Masjid Tanah di sini, sebentar tadi.

Mohamad berkata, beliau juga tidak mengetahui isi dan sejauh mana perbincangan seperti didedahkan Ketua Pembangkang itu.

“Itu saya tak tahu, saya tak ada (dalam perbincangan), saya tak tahu,” katanya ringkas.

Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Terdahulu, Mingguan Malaysia dalam wawancara bersama Anwar melaporkan, wujud perbincangan tidak rasmi di antara PKR dengan UMNO melibatkan pimpinan kedua-dua parti.

Dalam pada itu, mengulas berkenaan kesiapsiagaan BN dan UMNO Melaka untuk mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang boleh berlangsung pada bila-bila masa, Mohamad berkata, masih terdapat beberapa bahagian yang perlu diperbaiki.

Ujarnya, negeri ini merupakan lokasi pertama lawatan kerjanya selaku Pengerusi Jawatankuasa Perunding dan Persiapan Pilihan Raya BN.

“Melaka merupakan negeri pertama yang kami datang untuk melihat sejauh mana kesiapsiagaan negeri-negeri.

“Ia dilakukan sebagai persiapan menghadapi PRU15, sebab kita tak tahu bila. Bila-bila masa sahaja ia boleh diadakan.

“Alhamdulillah nampaknya persiapan Melaka cukup bagus tetapi nampaknya ada beberapa kawasan (bahagian) yang perlu diperbaiki lagi,” jelasnya.

 

_utusanonline_

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat