Tiga Negeri Tukar Status PKPB Kepada PKPP – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di tiga negeri – Kedah, Perak dan Negeri Sembilan, ditukar kepada PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri dan wilayah kekal dengan status PKPB.

Pertukaran status di tiga negeri itu dan pengekalan status PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan berkuat kuasa Jumaat ini hingga 31 Mac manakala bagi Sarawak, status PKPB itu bermula hari ini hingga 29 Mac.

“Bagaimanapun, PKPP di Kedah tidak melibatkan daerah Kuala Muda dan Kulim kerana masih ada kluster aktif, selain Seremban di Negeri Sembilan juga masih kekal dengan PKPB,” katanya pada sidang media perkembangan PKP di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata tujuh negeri dan wilayah iaitu Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan masih kekal dengan pelaksanaan PKPP.

Rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti di gelembung pelancongan manakala rentas daerah dibenarkan kecuali bagi Sabah dan Sarawak. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat