Remaja Perempuan Cuba Terjun Jambatan Selepas Dilarang Main ‘Game’

- Advertisement -

BENTONG – Seorang remaja perempuan cuba terjun dari jambatan di KM 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, hari ini kerana mendakwa tertekan ditegur bapa.

Remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.12 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi dikejarkan ke lokasi.

Katanya, ketika pasukan tiba, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan dan anggota cuba memujuknya supaya bertenang.

“Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan.

“Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang.

“Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Zaiham berkata, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya turut merampas telefon itu.

Katanya, mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat