Kluster Baru Di Kelantan Berpunca Dari Majlis Solat Hajat – Exco

KOTA BHARU – Kelantan mencatatkan satu kluster baharu jangkitan Covid-19 iaitu Kluster Banggol Chicha yang dikesan pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, kluster tersebut melibatkan kes di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat.

Katanya, kes index itu dikesan daripada seorang wanita warga emas yang berusia 65 tahun melalui saringan pra kemasukan ke hospital pada 11 Mac lalu.

“Sehingga hari ini, sebanyak 17 kes telah dilaporkan dalam kluster ini iaitu lapan kes di Pasir Mas, Kota Bharu (7) dan Tumpat (2).

“Kluster ini juga telah menjangkiti tiga pesakit dan enam peneman di wad sebuah hospital di Kelantan. Jangkitan di wad ini bermula apabila cucu kepada kes index (wanita warga emas) dimasukkan ke hospital tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Izani, penyebaran wabak Covid-19 itu disyaki berpunca daripada majlis solat hajat yang telah diadakan di rumah wanita tersebut.

Katanya, mengambil pengajaran daripada kluster baharu yang dilaporkan, penganjuran majlis sosial seperti solat hajat, sambutan hari jadi, kenduri kahwin dan lain-lain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ujarnya, sekiranya SOP tidak dapat dipatuhi, sebaiknya tangguhkan dahulu majlis-majlis tersebut.

Berdasarkan rekod, Kelantan mencatatkan sebanyak 67 kes baharu jangkitan Covid-19 pada hari ini dan 5,437 kes secara keseluruhan.

Kluster Banggol Chicha merupakan kluster baharu di Kelantan selepas Hilir, Huma, Cengal, Mengketil, Kube, Tembok Pengkalan Chepa dan Bukit Marak yang tercetus sebelum ini. – Kosmo

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Pengarah, Pengurus Syarikat Bekal Makanan Sejuk Beku Didakwa Di Mahkamah

JOHOR BAHRU – Syarikat pembekal makanan sejuk beku, LY Frozen Food Sdn. Bhd. bersama pengarah serta pengurusnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di...

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...