Aksi gaduh 150 ‘take’

- Advertisement -

Tawaran berlakon watak antagonis dianggap peluang keemasan buat Hazama atau nama sebenar Hazama Ahmad Azmi.

Dia yang sebelum ini kerap ditawarkan watak komedi dalam filem sanggup menyahut cabaran itu selepas menyatakan persetujuan terbabit dalam penggambaran filem genre aksi Coast Guard Malaysia: Ops Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif.

Menurut Hazama yang sudah lebih 16 tahun terbabit dalam bidang seni tanah air, dia membawakan watak jahat dalam filem terbabit.

“Saya minat filem aksi yang mengangkat wira perairan negara itu walaupun bukan watak utama.

“Sukar untuk saya menolak apabila ditawarkan watak penjenayah iaitu Kadok oleh penerbit filem ini, Arie Zaharie.

“Ini juga filem ketujuh lakonan saya dan saya juga mengambil cuti sebulan berkampung di Pulau Langkawi, Kedah untuk memberi fokus pada filem ini. Lokasi lain ialah di kawasan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang selama tiga hari,” katanya.

Mengulas wataknya pula, kata Hazama, dia banyak berguru dengan pelakon senior, Adlin Aman Ramlie dalam filem itu.

“Watak Kadok adalah adik sepupu kepada ketua penjenayah iaitu Samat dalam filem ini. Saya bersyukur dapat berganding dengan Adlin kerana dia guru lakonan saya ketika dalam program realiti Akademi Fantasia dulu. Selain Adlin, saya juga dapat bekerja dengan pelakon dan pengarah hebat, Sabri Yunus dalam filem ini.

“Bila kita berlakon dengannya kita dapat sama ‘vibe’ dia. Adlin banyak memberi bimbingan pada saya untuk menjiwai watak Kadok seperti dikehendaki skrip.

“Saya juga banyak berbincang dengan Adlin dan kami juga banyak berkumpul dengan barisan pelakon yang memegang watak ahli kumpulan penjenayah supaya mudah mendapat keserasian apabila masuk di lokasi penggambaran filem ini,” katanya.

Mengenai babak sukar Hazama pula berkata, dia perlu menjayakan babak aksi perlawanan dengan watak utama iaitu Leftenan Maritim Hafiz (lakonan Saharul Ridzwan).

“Bayangkan, saya perlu buat percubaan babak aksi berlawan dengan Saharul itu sebanyak 150 kali (take) untuk mendapatkan hasil yang terbaik mengikut tuntutan skrip.

“Ia adalah babak aksi kami yang pertama dan ia perlu dibuat sebanyak itu kerana perlu dapat sudut yang betul depan kamera dan mengikut masanya. Terus terang, babak aksi itu adalah yang paling berat kerana babak lasak memerlukan stamina yang tinggi,” kata Hazama yang turut dibantu koreografer profesional untuk melakonkan babak aksi itu di lokasi penggambaran.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat