KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib memberi bayangan bapanya akan menjalani tahanan rumah bukan dalam tempoh masa terdekat ini.
Nooryana berkata demikian setelah mengambil maklum isyarat daripada kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kepada pak-cik, mak-cik, uncle, aunty dan adik-adik yang sering bertanya, “bila daddy, Bossku boleh keluar, Yana?”…
“PMX sudah pun beri isyarat. Not any time soon (bukan dalam masa terdekat),” jelasnya di Instagram, semalam.
Kata Nooryana, memandangkan perbicaraan kes 1MDB masih di peringkat pendakwaan di Mahkamah Tinggi mungkin perlu ambil masa
beberapa tahun lagi untuk selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.
“Di mana keadilannya?
“Adakah Anwar sedar bahawa ketidakadilan besar sudah berlaku ke atas Najib seperti diputus hakim besar kedua paling kanan dalam Malaysia dan dia sedang dipenjarakan hanya sebab hakim kata ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta daripada dana yang sudah pun dilulus dan dibayar untuk kerja sedekah?
“Sekiranya wujud titah Yang di-Pertuan Agong untuk beri tahanan rumah kepada Najib maka kerajaan patut patuhi dan dilaksanakan dengan segera,” gesa Nooryana lagi.