Tak layan lelaki gatal

- Advertisement -

BERGELAR selebriti pastinya bukan satu kerjaya yang mudah dipikul. Sebaliknya ada banyak ujian dan cabaran yang perlu ditempuh.

Bukan hanya perlu berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan nama supaya terus relevan, malah seseorang selebriti itu juga perlu melalui episod digoda oleh individu tidak dikenali.

Bagi pelakon dan penyanyi, Janna Nick, dia mengakui pernah berhadapan dengan individu ‘gatal’ meskipun lelaki terbabit sudah memiliki pasangan.

“Tipu kalau tiada lelaki yang cuba dekati dan menggatal. Walaupun ada antara mereka sudah berpunya, saya tidak akan melayan.

“Apa yang mampu saya lakukan adalah mengelak dan kalau ada terpesong dari segi perbualan, saya takkan layan. Hanya sebab kerja saja.

“Selama ini saya tidak pernah mengehadkan dengan siapa saya mahu berkawan. Dini (teman lelaki) sendiri pun tidak menghalang saya berkawan atau mesej dengan sesiapa. Jadi, ia bergantung pada diri kita. Kalau kita tak melayan, ia takkan jadi,” katanya pada sidang media single terbaharunya, Gatal, di The Bee, Publika, di sini, baru-baru ini.

Menurut Janna, dia berharap lagu ciptaan Aepul Roza itu dapat menjadi pengajaran buat pendengar kerana lagu itu seakan-akan membawa pengertian menolak godaan seorang lelaki yang sudah berpunya.

“Lagu Gatal ini mesejnya sangat besar. Boleh tengok liriknya dituju pada lelaki, tapi muzik video menunjukkan bahawa perempuan pun gatal.

“Mesej sebenar lagu ini adalah sikap gatal bukan pada sebelah pihak saja. Bertepuk sebelah tangan takkan jadi. Kalau kita tak layan, ia akan berlaku isu gatal dengan suami orang,” katanya.

Single Gatal kini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan Apple Music sejak 28 Januari lalu manakala muzik video rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Dalam pada itu, wanita berusia 26 tahun ini turut mendedahkan dirinya menerima banyak mesej pelik di laman sosial Instagram.

Janna berkata, terdapat juga individu yang pernah menganggu sehingga ke rumahnya.

“Saya pernah diganggu sampai ke rumah. Ketika itu, saya buat uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL),dan ada seorang individu ini hadir dan pilih saya untuk melakukan uji bakat.

 

JANNA sedar kerjaya dunia hiburan yang dipilih perlu melalui pelbagai dugaan dan ujian.
JANNA sedar kerjaya dunia hiburan yang dipilih perlu melalui pelbagai dugaan dan ujian.

 

“Masa itu saya perasan dia adalah individu yang sudah lama menghantar mesej pada saya. Patutlah ketika saya membuat penerangan dia melihat saya lain macam.

“Kemudian saya pulang ke rumah pada jam 4 pagi, saya diberitahu oleh pengawal keselamatan bahawa ada orang menunggu saya dari jam 10 malam. Ia adalah individu yang sama.

“Terus terang bila saya buka mesej peribadi di Instagram, saya banyak menerima mesej yang pelik-pelik,” katanya.

Tidak melatah dengan keadaan yang berlaku, Janna mengambil pendekatan untuk tidak melayan mesej berkenaan dan menyifatkan individu yang berbuat sedemikian mempunyai masalah.

“Ia terpulang pada kita, sama ada mahu layan atau tidak. Macam saya, saya ambil tindakan untuk tidak ambil peduli langsung walau dia menghantar apa sekalipun.

“Saya tidak sekat kerana nanti dia akan buat perkara sama lagi. Saya tak mahu dia tahu saya baca dan tahu kewujudan dia. Kalau tengok ayat yang pelik-pelik pun saya tak akan buka. Dari penulisan pun kita boleh tahu ia bukan dari orang normal.

“Kita kena faham masalah mental ada di mana-mana. Kadang-kadang mereka tak sihat, jadi saya ambil pendekatan bahawa jika mereka berkelakuan sebegitu, mereka tidak sihat,” katanya

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat