Ejen Ali The Movie masuk 25 pawagam di Uzbekistan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Filem animasi popular, Ejen Ali The Movie mencipta sejarah apabila menjadi filem cereka tempatan pertama dialih kepada bahasa Russia dan Uzbekistan serta mula ditayangkan di Republik Uzbekistan, sejak semalam.

Naskhah terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios (PWS) yang meraih kutipan RM30 juta ketika ditayangkan di seluruh negara, lebih dua tahun lalu itu menemui penonton di lebih 25 pawagam di tujuh bandar di Uzbekistan.

Usaha membawa Ejen Ali ke Uzbekistan direalisasikan melalui kerjasama Amex Media selaku rakan strategik di Commonwealth of Independent States (CIS) dan wilayah Russia serta World Pictures yang bertindak sebagai pengedar filem tempatan di Uzbekistan.

Projek ini menyaksikan Ejen Ali The Movie muncul filem bukan tempatan pertama dialih suara ke bahasa Uzbek dan Russia berbanding filem asing sebelum ini hanya dialih suara ke bahasa Russia.

Langkah ini membolehkan Ejen Ali The Movie lebih mudah diakses penonton Uzbekistan berikutan kepadatan penduduk melebihi 36 juta orang dan kurang daripada 30 peratus hanya boleh bertutur dalam bahasa Russia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima dan PWS, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata peluang menayangkan Ejen Ali The Movie menggunakan bahasa tempatan membolehkan lebih ramai penonton menikmati filem animasi berkualiti itu tanpa halangan bahasa.

Khairul Anwar berkongsi, peluang menayangkan Ejen Ali The Movie menggunakan bahasa tempatan membolehkan lebih ramai penonton menikmati filem animasi berkualiti itu tanpa halangan bahasa. - Foto Ihsan TV3
Khairul Anwar berkongsi, peluang menayangkan Ejen Ali The Movie menggunakan bahasa tempatan membolehkan lebih ramai penonton menikmati filem animasi berkualiti itu tanpa halangan bahasa. – Foto Ihsan TV3

 

“Pandemik yang melanda seluruh dunia pada 2020 memberi impak hebat kepada dunia hiburan, termasuk industri pawagam.

“Justeru, melalui usaha sama ini, kami amat teruja Ejen Ali The Movie dapat melebarkan sayap ke pawagam antarabangsa.

“Matlamat kami untuk mempromosikan kandungan program Malaysia yang hebat kepada penonton antarabangsa. Terima kasih kami ucapkan kepada Amex Media dan World Pictures atas peluang ini.

“Sokongan peminat di seluruh dunia memberi semangat kepada kami. Kami tidak sabar melihat reaksi penonton. Begitu juga maklum balas penonton untuk musim ketiga Ejen Ali yang akan tiba, tahun ini,” katanya.

Sementara itu, CEO WAU Animation merangkap pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid Yasin menyifatkan peluang karya garapannya merentas pawagam antarabangsa dianggap di luar imaginasi mereka.

“Kami berharap Ejen Ali dapat menambat hati lebih ramai peminat antarabangsa dengan keunikan watak yang dinamik dan semangatnya dalam menghadapi cabaran serta sebarang kemungkinan.

“Sememangnya kami tidak sabar menunggu reaksi peminat baharu di Uzvbekistan,” katanya.

Pada 2020, Amex Media menyiarkan dua musim siri televisyen (TV) Ejen Ali dalam bahasa Russia menerusi platform video atas permintaan (VOD) paling popular di CIS iaitu IVI, Okko, Kion, Wink, Megafon dan Premier.

 

Usamah menyifatkan peluang karya garapannya merentas pawagam antarabangsa dianggap di luar imaginasi mereka. - Foto Ihsan TV3
Usamah menyifatkan peluang karya garapannya merentas pawagam antarabangsa dianggap di luar imaginasi mereka. – Foto Ihsan TV3

 

Sementara itu, CEO Amex Media, Ivan Agutenkov, berkata Uzbekistan menjadi negara pertama di CIS dan wilayah Russia yang menayangkan Ejen Ali The Movie di pawagam.

“Sebagai rakan kongsi strategik, matlamat kami seterusnya adalah untuk menayangkan Ejen Ali The Movie lebih luas lagi di Russia, Kazakhstan dan Ukraine,” katanya.

Ejen Ali The Movie mengisahkan mengenai Ejen Ali yang berusia 12 tahun menjadi pengintip secara tidak sengaja dan menerima misi rahsia dari Meta Advance Tactical Agency (MATA) untuk melindungi bandar futuristik Cyberjaya dari ancaman luar.

Ejen Ali muncul salah satu daripada jenama animasi popular Asia yang meraih lebih dua juta penonton di TV3 dan memiliki lebih tiga juta pengikut di laman rasmi YouTube.

Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali di Malaysia pada 2016, animasi itu menarik minat beberapa stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Netflix, Disney+ Hotstar, Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV di Indonesia dan AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Layari YouTube rasmi Ejen Ali iaitu www.youtube.com/ejenali untuk melihat sedutan atau ‘trailer’ pertama musim ketiga Ejen Ali.

Prajualan bagi musim terbaru ini boleh didapati di pelbagai platform dan wilayah seluruh dunia. Hubungi wakil jualan pengedaran PWS melalui e-mel di [email protected].

Ejen Ali Misi: Juang, Ejen Ali The Movie serta musim pertama dan kedua Ejen Ali boleh distrim di Disney+ Hotstar sekarang.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat