Dapatkan diskaun eksklusif sehingga RM500 dengan hadiah menarik dari 15 sehingga 19 Januari 2025
KUALA LUMPUR, 14 Januari 2025 – Susulan kejayaan pelancaran telefon pintar Flagship AI Terbaik 2025, HONOR Magic7 Pro, HONOR akan mengadakan jerayawara selama lima hari di Sunway Pyramid dari 15 sehingga 19 Januari 2025. Penggemar teknologi dan peminat HONOR pasti teruja mengalami sendiri keupayaan AI HONOR Magic7 Pro yang dipertingkatkan. Pada jerayawara itu, mereka berpeluang mengikuti aktiviti menarik, menikmati tawaran hebat, serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM65,000.
Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Dengan Nilai Keseluruhan RM65,000!
Bukan itu sahaja! Pembeli membelanja lebih RM1,000 membeli HONOR Magic7 Pro atau peranti HONOR lain semasa jerayawara ini layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik berjumlah nilai RM65,000 menanti mereka! Seramai 10 pemenang hadiah pertama akan membawa pulang HONOR Choice Robot Cleaner R2, tiga pemenang tempat kedua akan menerima HONOR Haylou Watch, manakala 30 pemenang akan mendapat HONOR Earbuds X3. HONOR turut menyediakan pelbagai hadiah sagu hati menarik termasuk Beg Sandang HONOR, kipas elektrik kecil dan payung.
Semasa jerayawara, peminat boleh mengunjungi Zon Pengalaman untuk mencuba teknologi AI tercanggih HONOR Magic7 Pro. Mereka berpeluang menyaksikan kehebatan AI Deepfake Detection memerangi video palsu, menterjemah bahasa asing dengan AI Interpreter, menangkap imej lebih jelas dengan Al Falcon Camera dan AI Super Zoom, serta ketahanan lasak peranti ini. Malah, mereka juga boleh menikmati ais krim percuma selepas melengkapkan semua aktiviti di jewayawara tersebut.
Prapesanan HONOR Magic7 Pro Masih Dibuka Sehingga 16 Januari 2025
Sementara itu, prapesanan HONOR Magic7 Pro masih boleh dibuat di Jerayawara Sunway Pyramid sehingga 16 Januari ini. Pembeli akan mendapat hadiah percuma bernilai RM2,096 serta rebat segera RM200. Pakej hadiah percuma ini terdiri daripada jam tangan pintar HONOR Watch 5, pemegang pengecas wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari.
HONOR Magic7 Pro didatangi dalam dua konfigurasi iaitu RAM 12GB RAM dengan storan 512GB pada harga RM4,599 dan RAM 16GB dengan storan gergasi 1TB pada harga RM5,199. Flagship ini didatangkan dalam tiga warna premium menawan iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black.
Berikut senarai promosi telefon pintar, tablet, komputer riba, dan peranti boleh pakai semasa jerayawara tersebut:
Produk | Harga Runcit | Harga Promosi | Hadiah Percuma |
HONOR Magic7 Pro (512GB) | RM4,599 | – | HONOR Watch 5, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari (prapesanan sahaja) |
HONOR Magic7 Pro (1TB) | RM5,199 | – | HONOR Watch 5, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun, dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari (prapesanan sahaja) |
HONOR Magic V3 | RM6,999 | RM6,499 | Perlindungan Skrin 365 Hari, Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge dan Pakej Hadiah Premium HONOR |
HONOR 200 Pro (512GB) | RM2,699 | RM2,499 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR |
HONOR 200 (512GB) | RM2,100 | RM1,799 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR |
HONOR 200 (256GB) | RM1,899 | RM1,599 | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Botol Air Sukan HONOR |
HONOR 200 Lite | RM1,299 | – | Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Pemegang Telefon HONOR |
HONOR 200 SMART | RM1,099 | – | – |
HONOR X9c 5G (512GB) | RM1,699 | – | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Bateri 36 Bulan dan Bag Kanvas HONOR |
HONOR X9c 5G (256GB) | RM1,499 | – | HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, Jaminan Bateri 36 Bulan dan Bag Kanvas HONOR |
HONOR X9c SMART | RM1,099 | RM999 | Beg Kanvas HONOR |
HONOR X7c 4G | RM699 | – | Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan Pemegang Telefon HONOR |
HONOR X6b 4G | RM599 | RM499 | – |
HONOR MagicPad 2 | RM2,799 | – | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR MagicPad 2 Smart, HONOR Magic Pencil 3 dan Beg Sandang HONOR |
HONOR Pad 9 5G | RM1,799 | RM1,699 | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, HONOR Choice Pencil dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad 9 WiFi | RM1,499 | RM1,399 | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, HONOR Choice Pencil dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad X9 (256GB) | RM1,199 | RM1,099 | Papan Kekunci Pintar Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, Adaptor Kuasa HONOR Supercharge dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad X9 (128GB) | RM1,099 | RM899 | Papan Kekunci Bluetooth HONOR Pad X9 Smart, Adaptor Kuasa HONOR Supercharge dan Beg Kanvas HONOR |
HONOR Pad X8a | RM799 | RM749 | HONOR Pad X8a Flip Cover dan Pemegang Telefon HONOR |
HONOR Pad X8a Kids Edition Wi-Fi | RM699 | – | Sarung Pelindung Kanak-kanak bersama Drawing Stick |
HONOR MagicBook Art 14 | RM5,999 | – | Waranti Lanjutan 1 + 2 Tahun, Beg Galas HONOR dan Langganan 1 Tahun Percuma Microsoft 365 |
HONOR Watch 5 | RM599 | – | Tersedia pada 17 Januari 2025 |
HONOR Earbuds Open | RM699 | – | Tersedia pada 17 Januari 2025 |
HONOR Magic7 Pro: Kecemerlangan Yang Dikuasakan AI, Revolusi Fotografi dan Prestasi Yang Diperhebatkan
HONOR Magic7 Pro dikuasakan oleh sistem pengoperasian terkini MagicOS 9.0 dan didatangi dengan pra-pasang aplikasi Google Gemini. Peranti ini membawakan peningkatan naik taraf yang besar dalam ciri-ciri AI, kamera, paparan, bateri dan cipset lebih berkuasa berbanding model terdahulu. HONOR Magic7 Pro mengetengahkan keupayaan AI termaju antaranya AI Deepfake Detection, Magic Portal 2.0, AI Notes, AI Super Zoom dan AI Translate.
Dalam fotografi, HONOR Magic7 Pro memberikan pengimejan bertaraf profesional dengan Sistem Kamera AI Falcon HONOR yang termaju. Ia menampilkan Kamera Utama Super Dynamic Falcon dengan sensor 1/1.3 inci yang pertama dalam industry serta apertur boleh laras f/1.4, Kamera Ultra-lebar 50MP dan Kamera Ultra-telefoto 200MP untuk menangkap gambar lebih jelas dari jarak jauh.
Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Elite Mobile Platform, HONOR Magic7 Pro mengutamakan keselesaan mata dengan ciri-ciri Paparan Keselesaan Mata Pencahayaan Semula Jadi AI HONOR seperti Pemalapan PWM 4320Hz, Paparan Polarisasi Keliling, Pemapalan Dinamik, Paparan Tona Semula Jadi dan Teknologi Cahaya Biru Rendah Perkakasan. Paparan telefon ini juga telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland untuk Paparan Penjagaan Penuh 4.0, Polarisasi Keliling, dan Bebas Kerlipan.
HONOR Magic7 Pro dilengkapi dengan bateri karbon silikon 5850mAh yang menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 100W berwayar dan 80W wayarles.
Jerayawara HONOR Magic7 Pro Akan Ke Putrajaya dan Pulau Pinang Bulan Hadapan!
Selepas Sunway Pyramid, Jerayawara HONOR Magic7 Pro akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada 5 hingga 9 Februari, kemudian ke utara tanah air di Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 19 hingga 23 Februari.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/.