Peruntukan RM35 Juta Untuk Bina Tiga Dewan Di Parlimen Pagoh – PMO

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan media hari ini menjelaskan peruntukan RM35.43 juta adalah untuk pembinaan tiga dewan di Parlimen Pagoh.

Kenyataan itu bagi menjawab berita tular di media sosial hari ini yang mendakwa peruntukan tersebut untuk membina satu dewan di parlimen berkenaan.

“Antaranya ialah Dewan Gersik, Tangkak, bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar, bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar, bernilai RM5.77 juta.

“Peruntukan pembangunan ini bukan untuk pembinaan sebuah dewan seperti tular di media sosial, tetapi bagi membina tiga buah dewan orang ramai untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, perolehan untuk kesemua projek terbabitdilakukan mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan Kementerian Kewangan.

“Dakwaan seperti yang ditularkan adalah tidak berniat jahat dan Pejabat Perdana Menteri merasa kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” ujar kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat