PMO Nafi Dewan RM35 Juta Runding Terus

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) bertindak pantas dengan tampil menafikan projek pembinaan sebuah dewan di Parlilmen Pagoh bernilai lebih RM35 juta dibuat secara runding terus.

Dalam satu kenyataan, PMO menjelaskan jumlah sebanyak RM35,435,992 yang terkandung dalam sepucuk surat bertarikh 11 Januari 2021 adalah untuk membina tiga buah dewan.

PMO memaklumkan ia melibatkan pembinaan Dewan Gersik, Tangkak bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar bernilai RM5.77 juta.

“Pembinaan ketiga-tiga dewan ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

“Perolehan bagi ketiga-tiga projek pembinaan dewan ini bukan secara rundingan terus tetapi mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

“Dakwaan seperti yang ditularkan adalah berniat jahat dan Pejabat Perdana Menteri merasa kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi ciapan di Twitter mempersoalkan pembinaan dewan tersebut yang didakwa dilaksanakan secara rundingan terus.

Selain Salahuddin, Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin turut mempersoalkan projek tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat