MIC tunggu apa lagi, kalau betul mahu pergi – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR – MIC mengapa masih kekal dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak lagi berpegang kepada setiakawan, soal Setiausaha Pemuda Umno Mohd Hafiz Ariffin.

“Soalan saya kepada Ketua Pemuda MIC K Arvind dan MIC, kalian mahu ke mana? Mengapa kekal lagi kalau betul mahu pergi jika setiakawan bukan lagi pegangan. Apa yang dinanti? soal Hafiz.

Mengulas lanjut beliau berkat, keputusan MIC untuk kekal atau keluar mestilah berteraskan kompas kekuasaan.

Menurut Hafiz, konteks kuasa itu meliputi kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, peranan membuat keputusan dalam koalisi politk dan akhirnya adalah penjawatan di dalam struktur kerajaan.

“Semestinya itulah yang menjadi pertimbangan untuk MIC buat bahkan mana-mana parti pun akan ke arah ini.

“Bila AGM MIC tempoh hari membuat keputusan untuk keluar dari BN. Kemudian menangguhkan, selepas itu tular pula surat untuk “menyertai semula PN” ia merupakan satu perkara yang Umno dan rakan-rakan BN lain terguris.

“Mengapa begitu sekali posisi politik yang dibuat? Sedangkan masih ada lagi ADUN dan MP MIC lahir dari kerjasama BN.

“Kalau keputusan untuk tidak bersama BN dan menyertai PN semestinya ia akan melanggar akta lompat parti dan boleh menyebabkan tindakan undang-undang? kata Hafiz.

Beliau juga mempertikai tindakan DAP yang menyatakan mahu keluar BN sertai PN, tetapi masih menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibtahim?

“Tidak ke pening pendirian sebegini?

“Jadi tidak salahlah kenyataan Presiden Umno,” ujar Hafiz.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat