Anwar disaran serlahkan aura karisma kepada rakyat Malaysia, kurangkan ke luar negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini mampu mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia jika kena cara pendekatannya.

Bekas Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata sebagai seorang yang mahu melihat Anwar berjaya sebagai Perdana Menteri, beliau mengemukakan beberapa saran.

“Sebagai seorang yang mahu melihat Perdana Menteri kita berjaya, ini bukan soal partisan. Saya rasa dia bukan soal e-invoice ini takkan selesaikan masalah.

“Mungkin dah sesuai dah untuk nada lebih bersederhana dan retorika yang kurang kencang. Sebab saya rasa orang Malaysia ni dia tak susah sangat, mereka nak PM yang buat kerja, yang nampak mencuba.

“PMX rajin. So, lean on that. Daripada setiap dua ucapan, dia bantai orang. Saya rasa ada crowd yang agak fed up dengan retorika kencang seperti itu.

“Kedua, jika saya PM, saya akan lebih fokus pada konsistensi agenda reform saya dan itu yang sebenarnya penyokong tegar PH mahukan. Dan saya rasa ada dalam jiwa PMX untuk buat benda itu tapi mungkin dia confused ataupun dia sibuk dengan benda-benda lain,” kata Shahril dalam audio siar Keluar Sekejap baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, isu konsistensi agenda reformasi wajar dilakukan dalam 2 tahun baki penggal ini.

“Kalau saya tempat dia, saya akan buat benda itu dan itu fokus saya.

“Ketiga dan mungkin ni sedikit controversial, saya akan kurang sikit keluar negara dan perbanyakkan pula interaksi saya dengan rakyat di Malaysia ni.

“Sebab PMX ni dia ada charm dia kan. Dia ada daya tarikannya. You know, his smile, the way he talks to people. Tak semua politician ada skill tersebut. Malangnya, skill tersebut sekarang ni digunakan banyak dalam interaksi bersama dengan pemimpin luar.

“Bukan dengan rakyat kebanyakan. Which he can do and he has done. Tapi mungkin dalam tahun 2024 dan 2025 ni, nampak dia lebih fokus, dia lebih menyalurkan karisma aura itu kepada luar dan bukan kepada Malaysia.

“I would advise him spend more time in your own country. Kembalikan at least for the next 6 months, just dilihat sama ada buat forum terbuka yang dia boleh bercakap dengan baik, sama ada masjid, sama ada buat riadah bersama dengan rakyat,” saran Shahril kepada Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat