Akmal bidas Pemuda MIC lebih ‘mabuk’ kerana mahu sertai PN tapi kekal sokong Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menyelar rakan sejawatnya Ketua Pemuda MIC K Arvind yang mendakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mabuk kuasa.

Kata Dr Akmal tindakan MIC lebih mabuk apabila ingin menyertai Perikatan Nasional (PN) tetapi mahu kekal sokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dei machaa, yang mabuk ni bila ada orang cakap mahu keluar (Barisan Nasional),tapi tak keluar walaupun AGM sudah setuju keluar.

“Yang mabuk ni bila mahu join (sertai) PN tapi mahu kekal sokong PMX

“Ini tahap mabuk todi level tinggi,” bidas Exco Melaka itu dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Dr Akmal berkata demikian menyusul kenyataan Ketua Pemuda MIC K Arvind membidas kenyataan Zahid berhubung status keanggotaan MIC dalam gabungan itu, antaranya dengan mengingatkan parti itu agar jangan “siang cakap lain, malam pula cakap lain”.

“Jika benar soalnya adalah ‘siang cakap lain, malam cakap lain’, maka cermin paling dekat yang perlu dirujuk oleh Zahid adalah kepimpinan Umno sendiri.

“Dia menuduh MIC kemabukan kuasa…Cuba kita imbas kembali. Zahid sebelum ini secara terbuka melaungkan slogan ‘No DAP, No Anwar’ ketika kempen PRU, namun akhirnya menjadi individu utama yang membawa Umno menyertai kerajaan bersama DAP dan Anwar Ibrahim.

“Adakah itu bukan contoh paling jelas ‘siang cakap lain, malam buat lain?” kata Arvind lapor Malaysiakini.

Semalam, Zahid memaklumkan pihaknya masih belum menerima surat daripada MIC, berhubung usul parti itu untuk keluar daripada BN.

“Dan tentunya kita tidak membuat sebarang keputusan, tetapi kalau mereka tidak dapat membuat keputusan, kita (BN) akan membuat keputusan (mengenai MIC keluar dari BN),” katanya.

Zahid mengingatkan parti komponen dalam BN untuk berfikir panjang sebelum membuat keputusan meninggalkan gabungan yang telah dianggotai sejak sekian lama, apatah lagi dengan landskap politik yang sentiasa berubah.

“Di kalangan kita, jangan siang cakap lain malam cakap lain. Kita pun melihat ada surat memohon masuk semula, kenapa mohon semula, ertinya dulu pun dah masuk.

“Politik ini sangat dinamik…jangan hanya kerana kemabukan kuasa kerana mengambil lebih minuman yang memabukkan. Maka, keputusan dibuat tanpa mengira bahawa kita kawan lebih 70 tahun,” kata Zahid lagi.

Namun Arvind menyifatkan Zahid sebenarnya yang mabuk kuasa.

“Orang yang mabuk kuasa itu Zahid, bukan kami. Kalau benar mabuk yang menjadi puncanya, rakyat boleh nilai sendiri siapa yang paling pening arah tuju,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat