BALIK PULAU — Muhammad Harris Idaham telah memperolehi 45 undi sekaligus mendapat mandat daripada seratus peratus perwakilan yang hadir pada pesidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Balik Pulau semalam.
Harris menewaskan calon yang bertanding iaitu Lt Kol Muhammad Kasim yang juga merupakan ADUN Telok Bahang.
Menurut kenyataan akhbar, persidangan itu diadakan adalah bagi memilih ahli ahli Jawatankuasa BERSATU Balik Pulau 2024-2027.
Terdahulu, seramai 46 perwakilan telah hadir ke persidangan yang berlangsung pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari semalam.
Terdapat dua colan yang menawarkan diri sebagai Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau pada pemilihan kali ini.
Perwakilan ini adalah daripada cawangan-cawangan yang Berjaya Bersidang (Taman Sungai Ara, Bayan Lepas, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Sungai Kongsi, Telok Bahang, Ginting, Sungai Rusa dan Sungai Pinang).
Sebanyak 45 kertas undi diterima dan Muhammad Harris Idaham mendapat 45 undi manakala Lt Kol Muhammad Kasim tidak menerima sebarang undian.
Selain itu, seramai 15 Ahli Jawatankuasa telah terpilih pada persidangan yang sama.
Untuk rekod Harris juga merupakan Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Malaysia dan juga Calon Perikatan Nasional Parlimen Balik Pulau pada Pilihanraya Umum tahun 2022.