PRN SABAH: Puteri UMNO Alu-alukan Kehadiran KJ Bantu Kempen di N.46 Nabawan

NABAWAN – Puteri UMNO Malaysia menyambut baik khabar bahawa Khairy Jamaluddin (KJ) akan turun membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Nabawan.

“Kehadiran KJ amat kami alu-alukan untuk memperkukuhkan kempen di N.46 Nabawan,” ujar Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Sebagai satu-satunya calon Puteri UMNO yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini, Laiji Ompongoh melihat perkembangan itu sebagai suntikan semangat besar buat jentera BN. Laiji merupakan calon wanita muda tunggal dalam pertandingan sembilan penjuru di DUN berkenaan, yang mempunyai 48% pengundi muda.

Beliau juga merupakan anak jati Nabawan yang tampil menawarkan suara baharu, tenaga baharu serta idea pembangunan lebih segar untuk kawasan tersebut.

Menurut Puteri UMNO Malaysia, kehadiran KJ yang terkenal dengan gaya politik dinamik dan pendekatan kepimpinan moden dijangka meningkatkan keyakinan serta sokongan masyarakat setempat, khususnya anak muda yang mahukan perubahan.

“Harapan kami jelas masyarakat Nabawan dapat memberi peluang kepada satu-satunya calon wanita muda tempatan ini untuk membawa perubahan yang lebih baik,” kata Datuk Nurul Amal.

Dengan sokongan moral serta penglibatan tokoh nasional seperti KJ, Puteri UMNO percaya momentum kempen Laiji Ompongoh akan terus diperkukuh menjelang hari pengundian.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat