22 pegawai polis terbabit jenayah komersil, KPN label manusia tak bermaruah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seramai 22 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit sebagai suspek dalam kes jenayah komersil tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lebih membimbangkan, jumlah pembabitan pegawai PDRM dalam kes jenayah komersil, meningkat kepada 23 orang sepanjang Januari hingga September ini.

“Acap kali saya menekankan tentang perlunya satu perubahan drastik dilakukan terhadap budaya kerja dan tahap integriti di dalam diri setiap warga PDRM, agar pasukan kekal relevan dan dihormati oleh masyarakat.

“Namun, walaupun berulang kali sudah diberikan ingatan dan amaran, tahap integriti serta pematuhan standard warga pasukan masih berada di tahap membimbangkan,” katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Polis Negara (KPN) sempena perhimpunan bulanan lapor Harian Metro pada Jumaat.

Razarudin berkata, kewibawaan dan imej PDRM tercalar dengan penangkapan yang dilakukan terhadap segelintir warga PDRM atas pelbagai kesalahan jenayah, dadah, rasuah serta salah guna kuasa,”

“Saya amat kecewa dan terkilan apabila amanah di sebalik seragam biru yang kita banggakan ini, sudah disalah guna oleh mereka yang rasanya tidak keterlaluan, jika saya ibaratkan sebagai manusia yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri.

“Integriti adalah teras dalam pembentukan dan pemantapan jati diri kita.

“Justeru, sempena dengan Pelancaran Sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 bertemakan ‘Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi’, PDRM menyambut baik segala usaha murni kerajaan dalam memperkasakan pembudayaan integriti,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat