Kaherah:Terkesan dengan situasi konflik di Palestin, Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) melalui Misi Kemanusiaan Insani 4 Palestine (i4P) akan menghantar bantuan kecemasan ke Gaza melalui Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dalam masa terdekat.
Kumpulan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu yang diketuai Pengerusinya, Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jahya tiba di Kaherah sejak 13 November lalu bagi menyampaikan bantuan kecemasan itu yang turut meliputi ubat-ubatan, peralatan perubatan dan keperluan musim sejuk.
Semalam, tim tujuh sukarelawan itu bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), Dr Ramy El Nazer di Ibu Pejabat ERC di Kaherah bagi membincangkan bantuan kecemasan diperlukan warga Palestin di Gaza ketika perang masih berlaku di wilayah konflik itu.
Dr Ramy memaklumkan ERC akan memberikan kerjasama penuh kepada NGO kemanusiaan dari Malaysia itu.
ERC merupakan satu-satunya organisasi yang diberikan mandat oleh Kerajaan Mesir untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada warga Palestin di Gaza melalui sempadan Rafah.
“We (ERC) will be here to guide and support you (humanitarian assistance to Gaza). God bless you for all effort (to help Palestinian in Gaza),” kata Dr Ramy. (Time code 00:20- 00.27)
Fathul Bari berkata proses pembelian barangan bantuan itu akan dilakukan di Kaherah sebelum dihantar ke Gaza melalui Rafah.
“Kita mensasarkan bantuan perubatan dan relief untuk spesifik kanak-kanak yang kita cuba cari dengan kerjasama ERC, kerjasama penuh Dr Ramy (CEO ERC) untuk membantu (mendapatkan) barangan tersebut dan inshaAllah petang ini kami akan dapatkan full list (barangan) yang sangat-sangat diperlukan dan ada dalam market (pasaran) supaya kita boleh beli dan selesaikan dalam tempoh dua hari dan kita akan buat penghantaran ke sempadan Rafah… InshaAllah,”, kata Fathul Bari. (Time code: 00:04 – 00:35))
Semalam, tim sukarelawan i4P turut mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Mesir, Zamani Ismail di Kaherah untuk memaklumkan mengenai perancangan dan perjalanan misi kemanusiaan itu.
Bergantung kepada keadaan, Misi i4P dijadual menghantar bantuan kecemasan itu hingga ke sempadan Rafah atau Ismailiya pada Jumaat ini, dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Mesir.