Tun Abdullah sedang bercuti dan sihat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sudah beberapa kali sebaran berita palsu yang mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia.

Hari ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menafikan berita tular kematian Tun Abdullah.

” Saya ada terbaca sebaran berita yang mengatakan YABhg Tun Abdullah Badawi telah meninggal dunia. Saya nafikan berita ini.

” Alhamdulillah Ayahanda Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne. Saya pun baru berbual di telefon dengan Tun Jeanne. Mereka pun sedang bercuti di dalam negara ketika ini,” catat Reezal di Facebooknya pada Isnin.

Beliau meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan menyebarkan berita tidak benar.

” Kita sama-sama doakan Ayahanda Tun Abdullah dan Tun Jeanne sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah Taala,” ucapnya.

Media juga melaporkan, pejabat Tun Abdullah juga menafikan penularan berita bekas Perdana Menteri kelima itu meninggal dunia, semalam.

Menurutnya, pihaknya menerima satu lagi berita tular melalui hantaran individu tertentu di Facebook berhubung kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

“Pejabat menafikan sekeras-kerasnya berita itu. Untuk makluman semua pihak, beliau berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarganya.

“Pejabat Tun Abdullah memandang serius penularan berita palsu ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, masyarakat diharap dapat memastikan dahulu kesahihan berita daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkannya bagi mengelakkan kekeliruan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat