Kalendar Akademik mula 21 Mac 2022

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 sehingga 11 dan 12 Mac 2023.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi negeri dalam Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu ia akan berlangsung sehingga 11 Mac 2023.

“Bagi Negeri Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sehingga 12 Mac 2023,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sementara, Radzi berkata, bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022, ia akan bermula pada 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi Negeri Kumpulan A.

“Bagi negeri Kumpulan B pula akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022,” katanya.

Beliau berkata, maklumat mengenai sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat