Kenapa ramai benci Baby Shima?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dangdut Baby Shima, 28, mendedahkan ramai membenci dirinya yang sama sekali tidak mengetahui sebab dan punca.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia tidak pernah mengganggu malah jauh sekali menyusahkan kehidupan orang lain.

“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci saya sedangkan saya tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang, minta duit mak ayah kamu, tak pernah,” katanya.

Shima yang mencipta nama di Indonesia dan popular menerusi lagu Pura-Pura Bujang memberitahu dirinya sudah tidak kuat berdepan situasi itu.

“Terus terang saya sudah tak kuat dengan apa yang saya sudah lalui sekarang. Boleh tak kamu rasakan apa yang saya rasa,” katanya.

Terdahulu Baby Shima sebelum ini berkata, dia sering dikecam oleh peminat di negara sendiri berbanding peminat Indonesia yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kariernya.

“Boleh tengok sendiri di laman sosial kebanyakan yang kecam saya adalah orang kita sendiri. Pernah juga saya terima komen lucah dan itu semua daripada masyarakat tempatan. Itu yang buat saya bertindak membuat laporan polis sebelum ini.

Saya perlu jadikan ini sebagai pengajaran kepada golongan tak bertanggungjawab terbabit,” katanya menerusi temubual dengan Harian Metro sebelum ini.

Difahamkan penampilan Shima dengan goyang dangdutnya di media sosial mengundang perasaan kurang senang warganet.

Malah ada yang melihatnya agak keterlaluan sehingga ada mengaitkannya dengan dosa dan pahala.

Shima yang pulang ke Malaysia sejak pandemik Covid-19 bagaimanapun tidak dapat dihubungi oleh Harian Metro setakat ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat