13 calon Bebas Melaka tandatangan SD ikrar tak sertai mana-mana parti politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bagi mengelakkan calon mencabuli mandat diberikan pengundi, seramai 13 calon Bebas yang bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bawah Gagasan Bebas secara rasmi menandatangani akuan berkanun (SD) hari ini.

Setiausaha Sekretariat Gagasan Bebas, Mohammad Zaki Omar, berkata antara intipati utama SD itu adalah tidak mencabuli mandat diberikan pengundi pada PRN Melaka dengan menyertai mana-mana parti politik.

“Satu rang undang-undang atau enakmen juga akan dibentangkan (sekiranya Gagasan Bebas berjaya membentuk kerajaan) bertujuan mengadakan peruntukan pengosongan kerusi mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti atau gagasan masing-masing sehingga tahap menjatuhkan kerajaan.

“Jika ada yang mencabulinya, calon diberi masa tiga hari mengosongkan kerusi dan melepaskan jawatan sebagai ADUN atau tindakan mahkamah boleh difailkan ke atas ADUN tersebut,” katanya.

Menyentuh mengenai kempen, beliau berkata semuanya berjalan lancar dengan calon gagasan itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk media sosial bagi mendekati pengundi kawasan masing-masing.

“Walaupun seperti kami mementingkan SD ini, tapi usaha mendekati pengundi tetap dijalankan dan ini penting kerana kita mahu pengundi faham apa yang kita perjuangkan untuk kestabilan politik Melaka.

“Untuk manifesto, kita rancang untuk bentang esok dan bagi kami, ia tidak lambat walaupun hari mengundi tinggal beberapa hari sahaja lagi,” katanya.

Seramai 13 daripada 22 calon Bebas di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) mengambil langkah bergabung dan berkongsi manifesto untuk bersama-sama bersaing dengan 90 calon lagi pada PRN Melaka.

Calon gabungan dikenali sebagai “Gagasan Bebas” itu antaranya merangkumi Ariff Adly Mohammad (Telok Mas), Mohd Zahar Hashim (Sungai Udang), Abdul Hamid Mustapah (Bukit Katil), Ahmad Muaz Idris (Ayer Molek), Kamisan Palil (Kuala Linggi) dan Norazlanshah Hazali (Serkam).

Turut berada dalam gabungan itu ialah Mohd Akhir Ayob (Asahan), Azefen Amin (Gadek), Mohd Jaini Dimon (Paya Rumput), Azlan Daud (Machap Jaya), Mohd Erfan Mahrilar (Durian Tunggal), Muhamad Hafiz Ishak (Duyong) dan Sabarudin Kudus (Rembia).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat