Dakwaan KP Kesihatan takut mati, Ahli Parlimen Bintulu mohon maaf

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini memohon maaf atas keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

King Sing yang juga Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China itu berkata, beliau tidak berniat dan terdetik untuk menafikan amalan mulia semua barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, para doktor dan jururawat.

“Bagi memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar selain kepentingan serta keharmonian negara, saya membuat permohonan maaf sekiranya ada keterlanjuran kata ketika perbahasan Belanjawan 2021.

“Langsung tidak terdetik untuk saya menafikan amalan mulia semua barisan doktor, jururawat, barisan hadapan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan.

“Saya tidak mahu kerana saya, selurh urusan Dewan Rakyat yang mulia ini terganggu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Baru-baru ini, King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progesif (PDP) telah mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai individu ‘takut mati’ kerana dianggap tidak serius dan turun padang dalam menangani pandemik COVID-19 yang melanda negara terutama Sabah ketika ini.

Susulan kenyataan itu, beberapa Ahli Parlimen terutama pembangkang menuntut permohonan maaf susulan kenyataannya itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat