Kenyataan Tengku Zafrul Berbaur Ugutan – Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersifat hambar dan berbaur ugutan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia susulan Menteri Kewangan itu membayangkan sekiranya belanjawan yang dibentang kerajaan tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan memberi kesan kepada petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi Covid-19.

“Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti Ahli Parlimen.

“Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat,” katanya menerusi kenyataan.

Presiden PKR itu berkata, seperti mana yang beliau tegaskan ketika membahaskan belanjawan di Parlimen, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.

“Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi Covid-19,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat