Adun Amanah Lompat Parti Sertai PKR?

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Selangor, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dispekulasikan telah meninggalkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan melompat menyertai PKR, lapor portal Malaysiakini, hari ini.

Menurut laporan itu yang memetik sumber, Fakhrulrazi yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah dikatakan menyertai PKR pada September lalu di bawah cabang Petaling Jaya.

Sumber dari parti Amanah bagaimanapun menegaskan Fakhrulrazi belum meninggalkan parti mereka secara rasmi.

“Kami mempunyai persefahaman di antara parti-parti Pakatan Harapan bahawa kami tidak akan menarik ahli dari parti rakan.

“Kepimpinan kami sedang berbincang dengan rakan-rakan PKR untuk menyelesaikannya,” katanya.

Sementera itu, Fakhrulrazi ketika dihubungi portal berkenaan, enggan mengulas dakwaan telah meninggal Amanah untuk menyertai PKR.

“Tidak ada komen dulu (buat masa ini),” katanya.

Sebelum menyertai Amanah pada akhir tahun 2015, Fakhrulrazi adalah bendahari Pemuda PAS.

Amanah memenangi sembilan kerusi di dewan perundangan Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 tahun 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat