UMNO Ketereh Sokong Ismail Sabri PM Ke-10 Jika BN Jadi Kerajaan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Ketereh sebulat suara meluluskan usul menyokong penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ini kerana, UMNO Ketereh berpandangan, Ismail sebagai perdana menteri telah memberi keutamaan kepada usaha transformasi kerajaan khususnya transformasi Parlimen, peralihan ke fasa endemik, pemulihan ekonomi Negara, menangani inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Selain itu, sebagai perdana menteri, Ismail juga melindungi kedaulatan Negara, membela nasib rakyat serta mengekalkan keamanan dan perpaduan Keluarga Malaysia berteraskan prinsip kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuaran.

“Merakamkan ucapan kesyukuran dan setinggi-tinggi tahniah kepada pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan prestasi yang cemerlang.

“Menyokong supaya perundingan penyatuan ummah diteruskan dengan UMNO kekal mengambil sikap terbuka untuk merealisasikan penyatuan Melayu bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini,” kata UMNO Ketereh dalam kenyataan medianya semalam.

Dalam pada itu, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, UMNO Ketereh telah bersedia dengan jentera pilihan raya mereka dan bersedia untuk berkhidmat bersama parti komponen lain dalam BN bagi memenangkan parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat