Ismail Sabri Ucap Selamat Bersidang Kepada Perwakilan UMNO Bahagian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berharap para perwakilan akan menjadikan persidangan itu sebagai wadah memperkukuhkan parti.

“Gunakan persidangan ini sebagai sebuah wadah murni bagi memperkukuhkan parti untuk meneruskan khidmat bakti kepada seluruh masyarakat.

“Semoga tekad, usaha dan doa perjuangan kita dapat membuahkan hasil yang memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia,” menurut Ismail Sabri dalam catatan di Facebooknya malam ini.

Persidangan UMNO Bahagian bermula hari ini hingga Ahad melibatkan 191 bahagian. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat