UMNO Cameron Highlands Sokong Ismail Sabri Calon PM

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN: UMNO Cameron Highlands menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Usul menyokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri di bawa oleh Ketua Pemuda UMNO Cameron Highlands, Wan Mohd Azam Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Usul tersebut mendapat sokongan sebulat suara perwakilan menghadiri mesyuarat bahagian hari ini, di sini, sebentar tadi.

“Bagi memastikan parti ini benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan PRU sebagai satu pasukan, UMNO Cameron Highlands yang bersidang mengusulkan menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang menamakan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob selaku calon Perdana Menteri Barisan Nasional setelah berjaya dalam Pilihanraya Umum ke-15.” ucap Ketua Pemuda Bahagian.

Selain itu, UMNO Cameron Highlands memberi kepercayaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail bagi mengemudi jentera parti peringkat Negeri Pahang.

UMNO Cameron Highlands membawa usul untuk memberi kepercayaan kepada 5 orang pemimpin tertinggi parti untuk menentukan halatuju dan dasar-dasar parti berkaitan Pilihan Raya.

Dalam kesiapsagaan PRU, UMNO Cameron Highlands menyeru agar ahli parti semua peringkat parti bersatu-padu mempersiaplkan jentera Pilihan Raya masing-masing.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat