Lembah Klang dan Melaka Beralih Ke Fasa Empat Mulai 18 Oktober – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 18 Oktober ini.

Beliau turut mengumumkan lima negeri lain iaitu Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh yang sama.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikannya hari ini.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa,” katanya.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Tiga dan Empat boleh dilayari di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), www.mkn.gov.my.

Ujarnya lagi, berdasarkan laporan kes positif Covid-19 harian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM), negara mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes sehari bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga mencatatkan penurunan dengan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86.

“Sehingga semalam, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95 peratus manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula seramai 91.2 peratus dan dijangka terus meningkat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat