Netizen Kongsi Perasaan PM Solat Jumaat Tanpa Layanan “Kluster Kayangan”

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tular sebuah video yang dimuatnaik di akaun TikTok @rahimazhari yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sedang menunaikan solat tanpa pengiring mahupun pengawal peribadi di Masjid Putra hari ini.

Abdul Rahim Azhari yang merupakan seorang pendakwah bebas itu menyatakan rasa kagum dengan sifat merendah diri pemimpin nombor satu negara apabila dilihat langsung tidak menggunakan keistimewaannya sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, sejurus ketibaan Ismail Sabri yang berbaju melayu biru dan bersongkok hitam, beliau kemudiannya dilihat membentang sejadah dan menunaikan solat sunat sebelum solat Jumaat.

“Kenal tak siapa dalam gambar ni? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak susuk tubuh masyaallah..dia masuk masjid mula-mula saya tak perasan siapa dia, tapi bila dia dah bentang sejadah, dia solat sunat dekat situ sebelum solat Jumaat.

“Dalam hati saya ya Allah ini dia.. lama saya tengok, betul dia. Lepas tu saya terfikir, dia seorang pemimpin tertinggi di negara kita. Masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tak ada escort, tak ada apa apa keistimewaan, tak ada bodyguard di bawa ke saf depan ke, tak ada.

Menyifatkannya sebagai ‘Qudwah Hasanah’ iaitu contoh terbaik dan ketua yang berkualiti, Rahim berkata, Ismail Sabri merupakan contoh yang wajar menjadi ikutan kepada seluruh pemimpin termasuk rakyat di negara ini.

“Dia duduk saf belakang sama macam rakyat biasa. Ini satu contoh ikutan ketua yang berkualiti, yang kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu ikut.

“Merendah diri tak pernah rasa diri hebat, tidak menggunakan keistimewaaan. Sama-sama kita doakan semua pemimpin kita di Malaysia ni khususnya sentiasa dalam jagaan allah dan bawa imej agama merendah diri begini menjadi qudwah hasanah contoh terbaik buat kita rakyat Malaysia.

“Saya bangga ada pemimpin begini mashaallah, semoga kita sentiasa dikurniakan pemimpin begini semoga negara kita dalam jagaan Allah,” katanya.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat