Pengerusi Tabung Haji Letak Jawatan Berkuat Kuasa Hari Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Tan Sri Md. Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuat kuasa hari ini.

Menurut TH, sepanjang memegang jawatan tersebut, Md. Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, memperkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan ibadat haji.

“Jumlah deposit pada 30 Jun 2021 ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun yang lalu. Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi daripada pendeposit.

“Para Anggota Lembaga, Pengurusan Kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sentiasa memberi komitmen tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TH merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh kerajaan pada 1963 dan ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini merancang simpanan bagi menunaikan ibadat haji.

Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara dan mempunyai lebih 58 tahun pengalaman, TH sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan sistematik demi
menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia (tidak termasuk urusan umrah).

Pencapaian TH yang konsisten itu telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif dan mempunyai hampir sembilan juta pendeposit serta 123 cawangan dengan lebih 10,000 ‘touch-points’ di seluruh negara. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat