Pemimpin politik berpengalaman, ghairah kejar jawatan mendahului kesusahan rakyat – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR –Pemimpin yang lama berpengalaman dalam arena politik kini dilihat lebih ghairah mengejar jawatan dan kedudukan berbanding kecenderungan berkhidmat untuk rakyat,

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa,  menyifatkan ketidakstabilan politik negara mulai pincang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) angkara perpecahan orang Melayu yang menjadi kelompok teras dalam politik nasional.

“Kita tukar Perdana Menteri tiga kali dalam setahun, siapa yang dapat manfaat? Saya juga bingung soal perebutan jawatan nampaknya sudah jadi keutamaan daripada kepentingan jaga nyawa dan keselamatan rakyat yang lebih mendesak.

“(Perkara) yang penting kita fikirkan soal rakyat, malangnya mereka yang diberi kepercayaan besar oleh rakyat dan yang lama berpengalaman dalam politik nampaknya ghairah fikir kedudukan jawatan lebih daripada nak berkhidmat untuk rakyat,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tegas beliau, kerajaan yang wujud hari ini sedang menjalankan tugas sangat penting pada saat yang kritikal.

“Kita ada kerajaan yang menjalankan tugas yang sangat penting pada saat yang kritikal memerangi pandemik Covid-19 dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara.

“Tak puas hati akan datang sepanjang masa tapi itu bukan alasan untuk kita bergaduh atau kita melakukan sesuatu yang membuatkan rakyat semakin susah, pasaran saham makin merudum, ketidaktentuan makin meningkat, pelabur makin tak datang, ini tidak adil kepada rakyat.

“Kalau nak berunding itu adalah satu hak semua orang, nak kembali ke “drawing board” mana mana parti politik pun boleh berbuat demikian tetapi cara kita bertindak mestilah meletakkkan keutamaan negara terlebih dahulu daripada kumpulan, puak,” ujar Annuar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat