Gagal Patuhi SOP, Enam Dikompaun – PDRM

- Advertisement -

NEGERI SEMBILAN: Akibat gagal mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), enam orang telah dikompaun oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijalankan dibeberapa lokasi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamaed, berkata operasi itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang. Dimana melibatkan kawasan Lukut hingga ke bandar Port Dickson.

“Mereka di kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam,”

“Enam individu dikesan gagal mematuhi SOP dan PDRM mengeluarkan kompaun kepada mereka kerana gagal mematuhi SOP sepanjang PKPP  ini,” jelasnya dalam satu kenyataan media, disini.

Kesemua mereka yang dikompaun RM1,000 seorang dan mereka perlu menjelaskan kompaun tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson dalam tempoh 14 hari.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi SOP sepanjang PKPP dengan memakai pelitup muka ditempat awam, sesak serta menjaga penjarakan fizikal,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat