Polis panggil Anwar beri keterangan esok

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bukit Aman untuk memberi keterangan esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata,
Anwar aka di soal di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

“Siasatan diklasifikasikan di Bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa ketika ini. Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis telah diterima,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Huzir menggesa agar orang ramai tidak membuat, menerbitkan atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang mempunyai kecenderungan mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Terdahulu, media difahamkan Ahli Parlimen Port Dickson itu akan dipanggil ke Bukit Aman pukul 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Huzir semalam apabila memaklumkan Bukit Aman masih belum memuktamadkan tarikh untuk merakam keterangan daripada Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat