Sabah Catat Angka Tertinggi Jangkitan Covid-19 Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 589 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 18,129 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pandemik itu adalah 5,945 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 304 kes dan sebanyak 91 kes adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai di mana kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 27.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes iaitu Negeri Selangor mencatat 150 kes, Kuala Lumpur sembilan kes dan Putrajaya satu kes.

“Daripada 589 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara iaitu dari Indonesia, iaitu dua kes dan Ukraine adalah satu kes.

“Daripada 586 kes penularan di dalam negara, 453 kes adalah warganegara Malaysia dan 133 kes adalah bukan warganegara,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Noor Hisham menambah, sehingga kini, terdapat 103 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kata beliau, daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan tiga kes kematian dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 170 kes.

“Terdapat 409 kes yang telah pulih pada hari ini dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah 12,014 kes atau 66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat