Sammy Vellu Meninggal Dunia, Dikenang Sebagai Lagenda Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kerja Raya, Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia awal pagi tadi.

Bekas Presiden MIC itu meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan di Facebook beliau pagi tadi.

“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari.

“Takziah kepada Toh Puan, Datuk Seri Vell Paari dan seluruh ahli keluarga atas kematiannya.
Beliau menjalani sepenuhnya kehidupan yang mulia dan pergi dengan penuh penghormatan serta penghargaan,” katanya.

Mengenang jasa mendiang, Dr Subramaniam yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, Sammy Vellu memberi sumbang besar terhadap negara dan masyarakat India.

Antara sumbangan besar mendiang adalah mewujudkan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), Universiti AIMST dan Kolej Tafe.

“Justeru sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingat kami,” katanya.

Untuk rekod, Sammy Vellu memimpin MIC selama 31 tahun bermula 1979 hingga 2010.

Beliau mula menceburi bidang politik pada usia 23 tahun pada 1959 apabila dia menyertai MIC cawangan Batu Caves.

Sammy Vellu juga adalah antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat, iaitu selama 29 tahun.

Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya daripada 1983 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008, selain menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput bermula 1974 hingga 2008.

Mendiang pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran persekutuan di bawah tiga Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi dari 1978 hingga 2008.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat