Perjumpaan Top 5 UMNO Sabtu Ini Tangguh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perjumpaan pimpinan tertinggi UMNO atau ‘Top 5’ akan diadakan pada tarikh baru yang akan diumumkan Setiausaha Agung parti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan bertemu pimpinan UMNO berkenaan terlebih dahulu sebelum mengadakan mesyuarat Biro Politik dan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

“Hari Sabtu ini patutnya mesyuarat MKT khas, tetapi ditangguhkan. Jadi kita tunggu tarikh barulah.

“Setiausaha Agung akan umumkan tarikh, tunggu di a punya pengumuman. Sebelum MKT kita akan bincang balik, sebelum MKT ada Top 5, ada Biro Politik, malam baru ada MKT,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Sebelum ini, dilaporkan Ismail akan mengadakan pertemuan lebih awal bersama Top 5 bagi membincangkan tentang tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebelum pembentangan Bajet 2023.

Katanya, sebarang keputusan akan dirujuk dalam satu mesyuarat bersama kepimpinan parti terlebih dahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat