Pinjaman PTPTN Golongan M40 Dinaikkan 100 Peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mahasiswa golongan M40 kategori M1 akan dinaikkan 100 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain kenaikan daripada 75 peratus kepada 100 peratus itu, kerajaan juga akan memberi kemudahan pinjaman komputer riba kepada peminjam PTPTN daripada golongan berkenaan.

“Kalau dulu pinjaman (PTPTN) kepada (mahasiswa) M40 (kategori) M1 hanyalah 75 peratus sahaja. Saya ingin mengumumkan pinjaman M40 (kategori) M1 dinaikkan kepada 100 peratus.

“Seterusnya adalah untuk laptop, kerajaan bersetuju menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN golongan M40.

“Mahasiswa sekalian, banyak lagi yang akan diumumkan demi kepentingan anda semua. Marilah kita sama-sama berganding bahu dengan merealisasikan masa depan lebih gemilang untuk semua mahasiswa,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.

Selain itu, beliau juga memaklumkam, kerajaan bersetuju untuk memperluaskan Jualan Murah Keluarga Malaysia ke setiap universiti bermula semester baru pada bulan depan.

Semua keputusan ini, jelas Ismail, dimuktamadkan kerajaan dalam usaha bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung mahasiswa golongan M40 kategori M1.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat