Martabatkan Bahasa Melayu, Pertahankan Jati Diri Pesan PM Kepada Mahasiswa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar mahasiswa terus berjuang kekalkan jati diri, budaya dan bahasa.

Beliau berkata, mahasiswa boleh memainkan peranan penting sebagai pembina bangsa dan memaknakan kemerdekaan seperti mana pembina bangsa terdahulu memperjuangkan kemerdekaan.

“Baru-baru ini, pengarah filem tersohor negara, U-Wei Saari telah memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa di Moscow apabila menyampaikan ucapan dan mengumumkan nama pemenang menggunakan Bahasa Melayu.

“Justeru, saya menyeru seluruh mahasiswa Keluarga Malaysia untuk memberikan komitmen dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Ini adalah satu cara untuk menyatakan kecintaan kita kepada negara.

“Saya juga menggunakan Bahasa Melayu ketika berucap di pentas antarabangsa,” kata Ismail Sabri di Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 dengan tema “Mahasiswa Patriotik Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, dalam konteks pendidikan tinggi, pada hemat saya, banyak cara dan perkara yang boleh dilakukan dalam menzahirkan
semangat patriotik.

“Perjuangan terpenting mahasiswa pada ketika ini adalah kekal menjadi satu benteng yang teguh, dalam memastikan hubungan Keluarga Malaysia yang majmuk terus erat.

“Semangat mencintai tanah air dalam kalangan mahasiswa hendaklah digilap dan terus dipupuk dan dipertahankan menerusi pelbagai wahana berbentuk kenegaraan.

“Saya percaya Mata Pelajaran Umum atau MPU yang dilaksanakan di IPT mampu memperteguh penghayatan mahasiswa sekalian kepada etika dan peradaban masyarakat pelbagai etnik di Malaysia,” ujarnya.

Jelas beliau, pencapaian negara pada hari ini didorong oleh usaha para pemimpin, sama ada dalam kalangan pemimpin negara, sektor awam mahupun korporat, yang dahulunya juga bergelar mahasiswa.

Ismail Sabri memberitahu lagi boleh dikatakan, peranan mahasiswa bukan biasa-biasa, malah amat penting sekali dalam mencorakkan hala tuju dan
melakar kejayaan besar buat negara.

“Sesuai dengan tema majlis pada hari ini – “Mahasiswa Patriotik Keluarga Malaysia” – saya yakin, mahasiswa akan berupaya menjelmakan satu gelombang momentum semangat kesetiaan melaksanakan kewajipan sebagai benteng kedaulatan dan maruah bumi watan kita.

“Berpeganglah pada lima prinsip Rukun Negara dengan pasakkan tekad yang teguh untuk tetap bersatu dalam kepelbagaian dan jangan sekali-kali membiarkan anasir luar menganggu-gugat kesepaduan kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat